Sunday 15 July 2012

jejaka pujaan(episod 4)

rina serba salah dengan ajakan suaminya. dia kaku di birai katil. aiman hanya tersenyum nakal. sebenarnya dia tidak berniat apa2 pon. hanya suka2 mengusik rina yang sudah kelihatan malu2.
  "kenapa yang kau nie? merah muka kau. kau malu kat aku ehh ?" kata aiman.
rina berasa berdebar debar. niat dihati nak keluar bilik terus. tapi memandangkan keluarga mertuanya ada diluar lansung dia membatalkan niat tersebut.
 "aiman, aku rasa better kau tidur kat sofa tu. tak kan nak tidur sekali kot." kata rina kepada aiman.
aiman dengan sengaja berdengkur sambil memeluk bantal peluk yang menjadi pembahagi katil. padahal rina tahu aiman sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu tidur di sofa. "okay, hari nie aku mengalah,esok kau pula.."kata rina seolah olah aiman mendengar kata katanya.
akhirnya kedua dua suami isteri itu tidur dengan nyenyaknya. rina terjaga dari tidur lebih awal pada pagi itu. maklum la sekarang dia berada di rumah ibu mertuanya. habis2 mandi dia terus ke dapur menolong ibu mertuanya menyiapkan sarapan.
 "rina, mama harap rina tak kisah dengan aiman tu. yela, aiman tu kadang2 perangai dia memang tah apa2. tapi sebenarnya kalau rina pandai ambil hati dia, insyaallah dia okay. sebab aiman dari dulu memang tak boleh berkasar kasar dengan dia. kalau nak suruh apa2 pon kena bodek dulu. perangai tak ubah macam ayahnya."kata ibu mertuanya.
 "ehh, takde la mama. aiman tu okay jela. rina rasa macam dah lama pula kenal dia walaupun baru jadi isterinya. mungkin sebab kami dah lama berkawan kot. yela, dulu kan kami satu sekolah, then masuk u yang sama. mana tak kenalnya. tapi dulu rina ingat aiman tu sombong. dah jadi isteri baru tahu yang aiman tu baik juga. tak la sekasar yang rina fikir. sebab dulu masa bertunang tengok dia macam baran je ngan rina.." adu rina kepada ibu mertua. dalam masa yang sama dia masih menjaga maruah suami.
aiman dan ayahnya sering menuju ke dapur.. "hai, nampaknya menantu dah rapat dengan mak mertua. nak bodek la tu.." usik aiman.
rina hanya menjeling tajam. ibu dan ayah mertua rina hanya tersenyum melihat gelagat pengantin baru itu.
 "aiman, kau tak nak bawa isteri kau pergi holiday ke ? sementara syarikat tak sibuk sangat nie baik kau pergi holiday kat mana2 dulu. nanti dekat hujung tahun memang tak sempat la korang nak honeymoon2 tu."kata ayah mertuanya kepada aiman.
 "nanti la ayah, awal lagi nie. nanti2 pon sempat lagi kan rina kan ?" soal aiman kepada rina.
 "aah, sempat lagi ayah..."
habis makan pagi aiman mengajak rina keluar beli barang dapur untuk masakan tengahari. rina hanya menurut sahaja. kali ini dia memakai skirt labuh berwarna hitam dan blous lengan panjang berwarna hitam dan tudung bawal putih.
 "ehh, taik cicak la..."kata aiman sambil menunjuk ke arah rina.
 "hah ? mana mana? tanya rina dalam keadaan gelabah.
 "tula.. kat awak tu,.."kata aiman sambil tersenyum.
 "awak nie serius sikit boleh tak ? mana dia... "kata rina.
 "awak tula, pakaian awak tu hitam putih. macam taik cicak pulak saya tengok..hahaha.." kata aiman sambil ketawa berdekah dekah. seronok apabila dapat kenakan rina.
 "eee..serius la awak nie. orang dah siap elok2 kata macam tu pula.."rajuk rina.
aiman tersenyum melihat rina. comel juga muka isterinya apabila merajuk. tiba2 jantungnya berdegup kencang. "haish.. kenapa nie. tak kan la aku suka kat dia pula. tapi memang aku nak jatuh hati dengan dia pon. tapi kenapa cepat macam nie."kata aiman dalam hati.
 "alah, saya gurau je pon.. comel dah pakai macam tu. jom la.." kata aiman.
rina tersenyum apabila aiman berkata begitu. secara sedar tidak sedar panggilan antara mereka juga telah berubah. "ya allah , kau kekalkanlah rumah tangga kami.."doa rina dalam hati.
mereka telah tiba di supermarket di kawasan pekan. aiman parking kereta berhampiran sekali dengan jalan masuk ke pintu utama supermarket. rina keluar dari kereta. tiba2...


BERSAMBUNG...

Tuesday 3 July 2012

jejaka pujaan(episod 3)

"hey,kalau kau tak jumpa aku malam tu benda nie semua tak kan jadi la. and parent aku pon tak kan paksa aku kahwin dengan kau."bentak aiman kepada rina.
 "masalahnya kau ingat aku nak sangat ke jumpa kau tu? ape kau ingat kau tu 'jejaka hot' macam aeril zafrel ke ha? muka pon macam kerbau tak pernah mandi.."balas rina.
sejak peristiwa malam itu hubungan rina dan aiman semakin teruk. pantang saja bersua muka ada saja perkara yang nak digaduhkan. mana taknya mereka berdua terpaksa dikahwinkan oleh orang tua mereka sebaik sahaja habis final exam.

rina bersendirian dalam bilik. sejak peristiwa malam itu hubunganya dengan nurul semakin renggang. bukan kerana nurul menjauhinya. tapi sebaliknya rina yang berbuat sedemikian terhadap nurul. dia berasa bersalah terhadap nurul kerana kejadian malam itu menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan aiman. itu bererti dia sama sahaja seperti merampas aiman dari nurul.

"rina...erm.. aku nak bincang dengan kau something nie.. and aku harap kau faham apa yang aku nak cakap nie. sebenarnya aku nak mintak maaf sangat2 kat kau sebab gara2 aku suruh kau jumpa aiman malam tu kau kena tangkap basah. aku tahu sejak2 kejadian malam tu kau macam tak mahu cakap dengan aku. kau tak perlu rasa bersalah dengan aku rina sebab aku takde perasaan lansung pada aiman. and kadang2 bila aku fikir balikkan maybe kau dengan aiman ada jodoh kot. serius aku cakap sepanjang aku kawan dengan kau and aiman aku rase korang serasi sangat. hehe. tah2 memang korang nie ada jodoh kot. kalau tak kenapa pulak parent aiman tu beriya sangat nak kau jadi menantu diorang." masih tergiang-giang kata2 nurul pada hari terakhir mereka berpisah.

 "rina.. ayah ingat kenduri kau nie ayah nak buat besar-besaran la. yela, kau jela anak ayah. lepas nie mana ada dah nak buat kenduri2 nie. tak kan ayah nak kawen lagi kot..hehe" usik encik rashid pada anaknya.
 "eeee.. ayah, serius laa. rina bukan apa.. tapi ayah tahu kan punca rina kena kawen dengan aiman tu. rina mintak maaf ayah. sumpah rina takde niat nak buat macam tu. malam tu rina jumpa aiman just nak sampaikan barang kiriman nurul. tapi tak sangka plak benda boleh jadi macam nie."kata rina pada ayahnya.
  "alah rina.. sebenarnya ayah tak kisah sangat pon lagi pon memang ayah dengan bapa si aiman tu ada niat nak jodohkan korang selepas tamat belajar.tapi tak sangka.. allah dah atur lagi hebat and lagi cepat. ayah harap rina terima jela jodoh rina dengan aiman. lagi pon nanti apa pulak orang kampung cakap. walaupon ramai yang tak tahu pasal kes malam tu tapi ayah yakin ada segelintir dari mereka mesti tahu. bukan apa, cuma ayah risaukan rina aje. maruah rina tu penting dan berharga sangat. dan ayah yakin kalau ibu masih ada mesti dia gembira dengan keputusan rina terima aiman sebagai suami dan menantu ayah.."
rina hanya mendengar saja kata2 ayahnya. sebenarnya dia jugak tak tahu nak buat apa. berkahwin dengan aiman rasa macam tindakan paling bodoh dia pernah buat. mana taknya rina sangat merasa kan yang aiman tidak menyukai dirinya. tidak hairanlah jika apabila mereka kawen nanti aiman tidak melayannya sebagai isteri dengan baik. tapi bila difikir-fikirkan balik macam untung jugak dia berkahwin dengan aiman.
  "wooow..kawen dengan jejaka pujaan kot. untung memang untung tapi buat pulak dia tak boleh terima aku macam mana? tapi kalau dia jadi suami aku nanti lagi senang kerja aku nak mengorat dia. hehe. tapi yang penting aku tak kan tunjuk yang aku suka kat dia tapi dalam masa yang sama aku nak try tackle dia.huhu..best jugak nie..


akhirnya majlis perkahwinan mereka selesai dengan jayanya. ramai saudara yang dari jauh turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan rina dan aiman. rina dan aiman berlagak seperti sepasang pengantin lain hakikatnya dalam hati masing2 hanya tuhan yang tahu. rina bersendirian didalam bilik. aiman masih diluar melayan saudara yang belum pulang.sedang asyik melayan perasaan resahnya tiba2 pintu terbuka aiman terjengul di sebalik pintu.
  "hoi,yang kau terjengul tu kenapa? nak bagi kantoi dengan mak mentua aku? masuklah. kata rina dengan nada yang agak kasar.
  "ehh kau nie, nie malam pertama kita kot. cakap lembut2 sikit tak boleh?aku nie suami kau sekarang panggil la abang ke bie ke..."
  "dah jangan nak mengarut ! tepi sikit !.. "marah rina. "alolo... marah nampak, awak nak pergi mana sayang? jom laa..."
  "jom la apa?.." tanya rina.




BERSAMBUNG...





jejaka pujaan(episod 2)

 air matanya tidak henti-henti dari tadi. puas nurul menenangkannya tapi tidak memberi apa-apa kesan padanya. apa lagi yang mampu dilakukan oleh seorang anak apabila mendengar ibunya dalam keadaan nazak. rina merupakan anak tunggal ibu dan ayahnya. tapi rina lebih rapat dengan ibunya kerana ayahnya selalu bekerja di luar daerah. keakraban rina dan ibunya membuatkan rina makin terasa takut akan kehilangan ibunya.
 "aku dah tak sanggup hadapi semua nie nurul.."kata rina kepada nurul dalam keadaan sedu sedan.
nurul hanya mampu menjadi pendengar setia dikala itu. air matanya juga turut mengalir.
  "sabar nurul, kau doakan saja ibu kau dapat diselamatkan..sekarang nie kita tak mampu buat apa2 rina selain berdoa, insyaallah rina, kau jangan putus doa. aku yakin ibu kau akan selamat.. jangan la macam nie, malu la orang tengok. kawan aku kan comel, jangan la nanges macam tu.. hodoh taw tak?" kata rina yang masih sempat bergurau.
  rina hanya tersenyum pahit. "tak lawak taw tak? aku tengah sedih nie..."kata rina.
nurul hanya memandang rina sambil tersenyum. rina tahu sahabatnya hanya ingin menceriakan suasana yang agak sedih ketika itu. ibu kesayangannya sekarang ini sedang berjuang untuk hidup. petang tadi selepas mendapat panggilan dari ayahnya rina terus bertolak ke kampung. nasib masa-masa macam nie bukan musim cuti. kalau tidak agak susah nak dapat tiket semudah dan secepat ini.

 keadaan di hospital ketika itu amat lengang sekali. rina menerpa ayahnya dari belakang. ayahnya atau lebih dikenali sebagai Encik Rashid. Encik Rashid terus memeluk anak tunggalnya.
  "sabar rina.. allah lebih sayangkan ibu, ibu dah tak kuat sayang nak lawan penyakitnya. kanser itu semakin merebak. ayah baru tahu tentang penyakit ibu minggu lepas tapi ibu tak bagi ayah bagi tahu rina. maafkan ayah sayang... rina sabar banyak2 . dah tersurat ibu akan tinggalkan kita.. ayah nak rina redha dengan semua nie...ayah taw, anak ayah nie kuat.. rina mampukan hadapi semua nie? janji dengan ayah sayang?"
rina hanya menangis keesakan dalam pelukan ayahnya. nurul hanya memandang sayu dua beranak itu. hatinya turut sebak apabila melihat situasi itu.

seminggu selepas pemergian ibu rina kembali menyambung pengajian mereka di kampus.walaupun pemergian puan mariam, ibu rina masih terasa. namun rina harus tetap meneruskan pengajiannya seperti biasa kerana itu juga merupakan wasiat arwah ibunya.
  "rina...sudah2 la tu, ibu kau pon tak suka taw tengok kau sedih2 macam nie.. tak comel dah..." usik nurul sebaik sahaja nampak wajah sahabatnya muram. mungkin kerana teringatkan arwah ibunya, fikir nurul.

 malam itu nurul meminta pertolongan rina untuk memberi pendrive kepada aiman di taman perumahan rumah sewa mereka kerana nurul terpaksa mengambil sepupunya di terminal bas. rina hanya menurut saja kehendak nurul apatah lagi dia juga rindu pujaan hatinya itu. mana tidaknya sejak kematian ibunya 3 minggu lepas, dia tidak lagi bertembung dengan aiman.
  "ehhh rina..mana nurul? kenapa kau pula yang ada kat sini?"tegur aiman dari belakang.
terkejut rina dengan sapaan aiman. jauh disudut hatinya, dia agak terasa dengan teguran itu.
  "tahu la kau nak jumpa nurul,tapi jangan la kau ingat taman nie kau punya. suka hati la aku nak lepak sini pon. sibuk pehal?"jawab rina dengan nada tidak puas hati.
aiman hanya tersenyum melihat rina, dia juga turut bersimpati dengan rina atas pemergian ibunya 3 minggu lepas. dia hanya tahu berita tentang kematian ibu rina melalui nurul yang kini menjadi buah hatinya.
  "yela2, aku tahu la kau datang sini nak sekodeng aku dengan nurul kan ? ehh, kau jangan risau. aku tak buat apa2 kat nurul la. aku nie orang baik2 taw.."kata aiman sambil mengenyit mata kepada rina.
  "sebenarnya nurul suruh bagi pendrive nie kat kau sebab dia tak boleh jumpa kau malam nie sebab dia kena ambil sepupu dia kat terminal bas.."kata rina.
rina berjalan kearah aiman.. "nah ambil la, aku nak balik nie. banyak nyamuk kat sini.."kata rina.
aiman mengambil pendrive itu dari tangan rina.
  "okay, thanks rina. kirim salam rindu kat nurul taw.."kata aiman sambil tersenyum nakal.
rina meminta diri untuk pulang. setelah beberapa langkah. "ouch,aduh.. "kaki rina tersadung pada akar pokok yang agak besar di taman perumahan tersebut.
aiman pantas menuju ke arah rina yang terbaring.
 "ehh rina, apa kau nie? tak kan mengantuk sampai tidur kat sini.."kata aiman sambil tergelak melihat rina.
aiman membantu rina untuk bangun.tiba2 beberapa orang lelaki datang kearah mereka.
  "assalamualaikum,kami dari jabatan agama islam selangor..kamu berdua didapati dalam keadaan yang mencurigakan. sila ikut kami ke pejabat untuk disoal siasat.."
   "tapi kami tak buat apa2..."jawab rina dan aiman serentak.
 





BERSAMBUNG...

Sunday 17 June 2012

jejaka pujaan (episod 1)

  rina bersendirian di cafe sementara menunggu nurul, teman serumahnya merangkap teman sebiliknya habis kuliah. memang menjadi kebiasaan mereka akan pulang bersama-sama selesai tamat waktu kuliah.walaupon mereka berlainan course.tapi tidak menghalang mereka untuk sentiasa bersama.
sedang rina asyik melayan perasaannya pada petang itu, tiba-tiba rina terpandang seorang lelaki yang berada di meja hadapannya. lelaki itu tersenyum sebaik terpandang rina yang sedang memerhatinya. rina teragak-agak untuk membalas senyuman tersebut. 'ishhh, handsome betul mamat nie, jangan la senyum macam tu. cair hati aku nie beb.'kata hatinya.
sebenarnya lelaki itu kawan sekolah menengah rina semenjak tingkatan satu lagi. tetapi tidak pernah bertegur sapa. maklumlah lelaki 'HOT' semasa zaman persekolahannya. sebut saja nama aiman semua akan bercerita tentangnya. ketampanannya membuat ramai perempuan tergila-gilakan si jejaka itu. begitu juga dengan rina. aiman merupakan pujaan hatinya sejak dia mula belajar disekolah menengah. tetapi dia tidak pernah meluahkan kepada sesiapa pun termaksuk kepada sahabat baiknya iaitu nurul. nurul juga rakan persekolahan rina dan merangkap jirannya dikampung halaman.
pertemuan pertama antara rina dengan aiman sewaktu di tingkatan satu telah membuatkan rina jatuh cinta pandang pertama dan sejak itulah rina lebih berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam tingkatan. dia mahu aiman mengenalinya tanpa dia perlu menonjolkan dirinya dihadapan jejaka itu. tapi malangnya tindakannya itu tidak dihiraukan lansung oleh aiman.

 'oii rina, termenung jauh nampak. teringatkan cik abang ke?'kata nurul sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan rina. 'ehh kau nie, mana ada. aku tengah fikirkan final exam yang dah dekat nie' dalih rina. 'alah rina, aku dah masak la dengan perangai kau nie, tak kan sebab tu kot, lagi pon kau apa susah. kau tu pelajar dekan setiap sem...' kata nurul sambil merampas gelas ditangan rina. rina hanya memandang nurul.' dahaga benor kau nie nurul, air aku dikebasnya..' nurul hanya mengenyit mata pada rina. tiba-tiba seseorang menegur mereka. opss , bukan tegur mereka tapi tegur nurul. rina hanya memandang kosong jejaka pujaannya yang sedang bertegur sapa dengan nurul. dalam hatinya tuhan sajalah yang tahu. tapi dia tidak menyalahkan nurul.  rina akui yang nurul memang lebih menyerlah darinya. sejak dibangku sekolah lagi nurul menjadi rebutan ramai jejaka kerana wajahnya yang ala-ala kacukan arab, keningnya yang lebat tapi yang makin menyerlah keayuannya ialah lesung pipit. maka tidak hairanlah kalau aiman si jejaka pujaan rina juga turut terpikat pada nurul. dalam kerancakan nurul dan aiman berbual, telefon rina berdering.. pastas diangkat oleh rina. rina memberi isyarat kepada nurul meminta diri sambil telefon terlekap ditelinga. 'hello abah, ya rina baru habis kelas, hah ?' rina terduduk lemah pantas air mata berderu seperti hujan yang membasahi bumi. 'ya allah,kau berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini.' nurul datang dari belakang pantas memeluk rina yang duduk berteleku di tepi jalan. 'kenapa kau nie rina? ya allah rina, bangunlah...'



                                                                                                                BERSAMBUNG.....