rina serba salah dengan ajakan suaminya. dia kaku di birai katil. aiman hanya tersenyum nakal. sebenarnya dia tidak berniat apa2 pon. hanya suka2 mengusik rina yang sudah kelihatan malu2.
"kenapa yang kau nie? merah muka kau. kau malu kat aku ehh ?" kata aiman.
rina berasa berdebar debar. niat dihati nak keluar bilik terus. tapi memandangkan keluarga mertuanya ada diluar lansung dia membatalkan niat tersebut.
"aiman, aku rasa better kau tidur kat sofa tu. tak kan nak tidur sekali kot." kata rina kepada aiman.
aiman dengan sengaja berdengkur sambil memeluk bantal peluk yang menjadi pembahagi katil. padahal rina tahu aiman sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu tidur di sofa. "okay, hari nie aku mengalah,esok kau pula.."kata rina seolah olah aiman mendengar kata katanya.
akhirnya kedua dua suami isteri itu tidur dengan nyenyaknya. rina terjaga dari tidur lebih awal pada pagi itu. maklum la sekarang dia berada di rumah ibu mertuanya. habis2 mandi dia terus ke dapur menolong ibu mertuanya menyiapkan sarapan.
"rina, mama harap rina tak kisah dengan aiman tu. yela, aiman tu kadang2 perangai dia memang tah apa2. tapi sebenarnya kalau rina pandai ambil hati dia, insyaallah dia okay. sebab aiman dari dulu memang tak boleh berkasar kasar dengan dia. kalau nak suruh apa2 pon kena bodek dulu. perangai tak ubah macam ayahnya."kata ibu mertuanya.
"ehh, takde la mama. aiman tu okay jela. rina rasa macam dah lama pula kenal dia walaupun baru jadi isterinya. mungkin sebab kami dah lama berkawan kot. yela, dulu kan kami satu sekolah, then masuk u yang sama. mana tak kenalnya. tapi dulu rina ingat aiman tu sombong. dah jadi isteri baru tahu yang aiman tu baik juga. tak la sekasar yang rina fikir. sebab dulu masa bertunang tengok dia macam baran je ngan rina.." adu rina kepada ibu mertua. dalam masa yang sama dia masih menjaga maruah suami.
aiman dan ayahnya sering menuju ke dapur.. "hai, nampaknya menantu dah rapat dengan mak mertua. nak bodek la tu.." usik aiman.
rina hanya menjeling tajam. ibu dan ayah mertua rina hanya tersenyum melihat gelagat pengantin baru itu.
"aiman, kau tak nak bawa isteri kau pergi holiday ke ? sementara syarikat tak sibuk sangat nie baik kau pergi holiday kat mana2 dulu. nanti dekat hujung tahun memang tak sempat la korang nak honeymoon2 tu."kata ayah mertuanya kepada aiman.
"nanti la ayah, awal lagi nie. nanti2 pon sempat lagi kan rina kan ?" soal aiman kepada rina.
"aah, sempat lagi ayah..."
habis makan pagi aiman mengajak rina keluar beli barang dapur untuk masakan tengahari. rina hanya menurut sahaja. kali ini dia memakai skirt labuh berwarna hitam dan blous lengan panjang berwarna hitam dan tudung bawal putih.
"ehh, taik cicak la..."kata aiman sambil menunjuk ke arah rina.
"hah ? mana mana? tanya rina dalam keadaan gelabah.
"tula.. kat awak tu,.."kata aiman sambil tersenyum.
"awak nie serius sikit boleh tak ? mana dia... "kata rina.
"awak tula, pakaian awak tu hitam putih. macam taik cicak pulak saya tengok..hahaha.." kata aiman sambil ketawa berdekah dekah. seronok apabila dapat kenakan rina.
"eee..serius la awak nie. orang dah siap elok2 kata macam tu pula.."rajuk rina.
aiman tersenyum melihat rina. comel juga muka isterinya apabila merajuk. tiba2 jantungnya berdegup kencang. "haish.. kenapa nie. tak kan la aku suka kat dia pula. tapi memang aku nak jatuh hati dengan dia pon. tapi kenapa cepat macam nie."kata aiman dalam hati.
"alah, saya gurau je pon.. comel dah pakai macam tu. jom la.." kata aiman.
rina tersenyum apabila aiman berkata begitu. secara sedar tidak sedar panggilan antara mereka juga telah berubah. "ya allah , kau kekalkanlah rumah tangga kami.."doa rina dalam hati.
mereka telah tiba di supermarket di kawasan pekan. aiman parking kereta berhampiran sekali dengan jalan masuk ke pintu utama supermarket. rina keluar dari kereta. tiba2...
BERSAMBUNG...
t smbung taww ! >.<
ReplyDeletehaa.. okay dyla..
ReplyDelete