Sunday, 17 June 2012

jejaka pujaan (episod 1)

  rina bersendirian di cafe sementara menunggu nurul, teman serumahnya merangkap teman sebiliknya habis kuliah. memang menjadi kebiasaan mereka akan pulang bersama-sama selesai tamat waktu kuliah.walaupon mereka berlainan course.tapi tidak menghalang mereka untuk sentiasa bersama.
sedang rina asyik melayan perasaannya pada petang itu, tiba-tiba rina terpandang seorang lelaki yang berada di meja hadapannya. lelaki itu tersenyum sebaik terpandang rina yang sedang memerhatinya. rina teragak-agak untuk membalas senyuman tersebut. 'ishhh, handsome betul mamat nie, jangan la senyum macam tu. cair hati aku nie beb.'kata hatinya.
sebenarnya lelaki itu kawan sekolah menengah rina semenjak tingkatan satu lagi. tetapi tidak pernah bertegur sapa. maklumlah lelaki 'HOT' semasa zaman persekolahannya. sebut saja nama aiman semua akan bercerita tentangnya. ketampanannya membuat ramai perempuan tergila-gilakan si jejaka itu. begitu juga dengan rina. aiman merupakan pujaan hatinya sejak dia mula belajar disekolah menengah. tetapi dia tidak pernah meluahkan kepada sesiapa pun termaksuk kepada sahabat baiknya iaitu nurul. nurul juga rakan persekolahan rina dan merangkap jirannya dikampung halaman.
pertemuan pertama antara rina dengan aiman sewaktu di tingkatan satu telah membuatkan rina jatuh cinta pandang pertama dan sejak itulah rina lebih berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam tingkatan. dia mahu aiman mengenalinya tanpa dia perlu menonjolkan dirinya dihadapan jejaka itu. tapi malangnya tindakannya itu tidak dihiraukan lansung oleh aiman.

 'oii rina, termenung jauh nampak. teringatkan cik abang ke?'kata nurul sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan rina. 'ehh kau nie, mana ada. aku tengah fikirkan final exam yang dah dekat nie' dalih rina. 'alah rina, aku dah masak la dengan perangai kau nie, tak kan sebab tu kot, lagi pon kau apa susah. kau tu pelajar dekan setiap sem...' kata nurul sambil merampas gelas ditangan rina. rina hanya memandang nurul.' dahaga benor kau nie nurul, air aku dikebasnya..' nurul hanya mengenyit mata pada rina. tiba-tiba seseorang menegur mereka. opss , bukan tegur mereka tapi tegur nurul. rina hanya memandang kosong jejaka pujaannya yang sedang bertegur sapa dengan nurul. dalam hatinya tuhan sajalah yang tahu. tapi dia tidak menyalahkan nurul.  rina akui yang nurul memang lebih menyerlah darinya. sejak dibangku sekolah lagi nurul menjadi rebutan ramai jejaka kerana wajahnya yang ala-ala kacukan arab, keningnya yang lebat tapi yang makin menyerlah keayuannya ialah lesung pipit. maka tidak hairanlah kalau aiman si jejaka pujaan rina juga turut terpikat pada nurul. dalam kerancakan nurul dan aiman berbual, telefon rina berdering.. pastas diangkat oleh rina. rina memberi isyarat kepada nurul meminta diri sambil telefon terlekap ditelinga. 'hello abah, ya rina baru habis kelas, hah ?' rina terduduk lemah pantas air mata berderu seperti hujan yang membasahi bumi. 'ya allah,kau berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini.' nurul datang dari belakang pantas memeluk rina yang duduk berteleku di tepi jalan. 'kenapa kau nie rina? ya allah rina, bangunlah...'



                                                                                                                BERSAMBUNG.....

4 comments: