air matanya tidak henti-henti dari tadi. puas nurul menenangkannya tapi tidak memberi apa-apa kesan padanya. apa lagi yang mampu dilakukan oleh seorang anak apabila mendengar ibunya dalam keadaan nazak. rina merupakan anak tunggal ibu dan ayahnya. tapi rina lebih rapat dengan ibunya kerana ayahnya selalu bekerja di luar daerah. keakraban rina dan ibunya membuatkan rina makin terasa takut akan kehilangan ibunya.
"aku dah tak sanggup hadapi semua nie nurul.."kata rina kepada nurul dalam keadaan sedu sedan.
nurul hanya mampu menjadi pendengar setia dikala itu. air matanya juga turut mengalir.
"sabar nurul, kau doakan saja ibu kau dapat diselamatkan..sekarang nie kita tak mampu buat apa2 rina selain berdoa, insyaallah rina, kau jangan putus doa. aku yakin ibu kau akan selamat.. jangan la macam nie, malu la orang tengok. kawan aku kan comel, jangan la nanges macam tu.. hodoh taw tak?" kata rina yang masih sempat bergurau.
rina hanya tersenyum pahit. "tak lawak taw tak? aku tengah sedih nie..."kata rina.
nurul hanya memandang rina sambil tersenyum. rina tahu sahabatnya hanya ingin menceriakan suasana yang agak sedih ketika itu. ibu kesayangannya sekarang ini sedang berjuang untuk hidup. petang tadi selepas mendapat panggilan dari ayahnya rina terus bertolak ke kampung. nasib masa-masa macam nie bukan musim cuti. kalau tidak agak susah nak dapat tiket semudah dan secepat ini.
keadaan di hospital ketika itu amat lengang sekali. rina menerpa ayahnya dari belakang. ayahnya atau lebih dikenali sebagai Encik Rashid. Encik Rashid terus memeluk anak tunggalnya.
"sabar rina.. allah lebih sayangkan ibu, ibu dah tak kuat sayang nak lawan penyakitnya. kanser itu semakin merebak. ayah baru tahu tentang penyakit ibu minggu lepas tapi ibu tak bagi ayah bagi tahu rina. maafkan ayah sayang... rina sabar banyak2 . dah tersurat ibu akan tinggalkan kita.. ayah nak rina redha dengan semua nie...ayah taw, anak ayah nie kuat.. rina mampukan hadapi semua nie? janji dengan ayah sayang?"
rina hanya menangis keesakan dalam pelukan ayahnya. nurul hanya memandang sayu dua beranak itu. hatinya turut sebak apabila melihat situasi itu.
seminggu selepas pemergian ibu rina kembali menyambung pengajian mereka di kampus.walaupun pemergian puan mariam, ibu rina masih terasa. namun rina harus tetap meneruskan pengajiannya seperti biasa kerana itu juga merupakan wasiat arwah ibunya.
"rina...sudah2 la tu, ibu kau pon tak suka taw tengok kau sedih2 macam nie.. tak comel dah..." usik nurul sebaik sahaja nampak wajah sahabatnya muram. mungkin kerana teringatkan arwah ibunya, fikir nurul.
malam itu nurul meminta pertolongan rina untuk memberi pendrive kepada aiman di taman perumahan rumah sewa mereka kerana nurul terpaksa mengambil sepupunya di terminal bas. rina hanya menurut saja kehendak nurul apatah lagi dia juga rindu pujaan hatinya itu. mana tidaknya sejak kematian ibunya 3 minggu lepas, dia tidak lagi bertembung dengan aiman.
"ehhh rina..mana nurul? kenapa kau pula yang ada kat sini?"tegur aiman dari belakang.
terkejut rina dengan sapaan aiman. jauh disudut hatinya, dia agak terasa dengan teguran itu.
"tahu la kau nak jumpa nurul,tapi jangan la kau ingat taman nie kau punya. suka hati la aku nak lepak sini pon. sibuk pehal?"jawab rina dengan nada tidak puas hati.
aiman hanya tersenyum melihat rina, dia juga turut bersimpati dengan rina atas pemergian ibunya 3 minggu lepas. dia hanya tahu berita tentang kematian ibu rina melalui nurul yang kini menjadi buah hatinya.
"yela2, aku tahu la kau datang sini nak sekodeng aku dengan nurul kan ? ehh, kau jangan risau. aku tak buat apa2 kat nurul la. aku nie orang baik2 taw.."kata aiman sambil mengenyit mata kepada rina.
"sebenarnya nurul suruh bagi pendrive nie kat kau sebab dia tak boleh jumpa kau malam nie sebab dia kena ambil sepupu dia kat terminal bas.."kata rina.
rina berjalan kearah aiman.. "nah ambil la, aku nak balik nie. banyak nyamuk kat sini.."kata rina.
aiman mengambil pendrive itu dari tangan rina.
"okay, thanks rina. kirim salam rindu kat nurul taw.."kata aiman sambil tersenyum nakal.
rina meminta diri untuk pulang. setelah beberapa langkah. "ouch,aduh.. "kaki rina tersadung pada akar pokok yang agak besar di taman perumahan tersebut.
aiman pantas menuju ke arah rina yang terbaring.
"ehh rina, apa kau nie? tak kan mengantuk sampai tidur kat sini.."kata aiman sambil tergelak melihat rina.
aiman membantu rina untuk bangun.tiba2 beberapa orang lelaki datang kearah mereka.
"assalamualaikum,kami dari jabatan agama islam selangor..kamu berdua didapati dalam keadaan yang mencurigakan. sila ikut kami ke pejabat untuk disoal siasat.."
"tapi kami tak buat apa2..."jawab rina dan aiman serentak.
BERSAMBUNG...
tangkap basah pulakk :DD
ReplyDeleteya...kna tangkap basah :D
ReplyDeleteso simple but not too boring to read.. (^_^)
ReplyDelete